Amalan-amalan akan mendatangkan nur apabila dikerjakannya semata-mata kerana keredhaan ALLAH SWT dan untuk mendapatkan ganjaran di akhirat.Andaikata niat kita tidak ikhlas dan hening,maka amalan-amalan itu nescaya akan melemparkan kita ke dalam Neraka Jahannam.
           Sahabat Abu Hurairah r.a. memberitakan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:"Manusia yang mula-mula akan menghadapi pertanyaan di hari Qiamat ialah 3 orang dan merekalah yang mula-mula sekali akan dicampakkan ke dalam Neraka Jahannam;seorang ialah yang terbunuh(mati syahid)dalam perang mempertahankan agama;seorang lagi A'lim agama dan A'lim Qur'an yang menyebarkan ilmu pengetahuan hingga ke akhir hayatnya dan seorang lagi ialah seorang dermawan yang paling kaya yang diberi ALLAH harta kekayaan yang tak terhingga banyaknya dan membelanjakannya pada jalan ALLAH SWT.Tetapi ketiga-tiga orang itu mengerjakan amalan-amalan tersebut bukanlah kerana ALLAH SWT tetapi untuk mencari nama kemasyhuran dan kemuliaan dalam dunia ini."Rasullullah s.a.w. bersabda:"Apabila ketiga-tiga orang itu dibawa ke mahkamah ALLAH SWT yang Maha Adil untuk mengadilinya,lalu Tuhan berfirman:"Kami Amat Mengetahui isihati dan niat-niat kamu,kamu mengerjakan amalan-amalan nurani lagi saleh ini bukanlah untuk mencari keredhaan-KU tetapi untuk mencari nama dan kemasyhuran dan itu semuanya telah diberikan kepada kamu,di sini tiadalah suatu apa pun untukmu."Kemudian kerana amalan-amalan mereka itulah maka ALLAH SWT melempari mereka ke dalam Neraka Jahannam."Diterangkan di dalam kitab-kitab hadits bahawa mereka itulah makhluk yang mula-mula sekali akan menderitai Api Neraka Jahannam di hari Qiamat.
Benarlah Firman ALLAH SWT dalam Al-Qur'an yang bermksud:
"Barangsiapa yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya nescaya Kami berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna dan mereka di dunia itu tidak akan dirugikan.Itulah orang yang tidak peroleh di akhirat,kecuali Neraka dan lenyaplah di akhirat itu apa yang telah mereka usahakan di dunia dan sia-sialah apa yang telah mereka kerjakan."(Surah Hud,A:15-16)
           Apabila syaitan tidak berjaya menjauhkan hamba-hamba ALLAH SWT dari amalan yang saleh maka dia berusaha untuk merosakkan niatnya.
           Andaikata amalan-amalan yang patut dikerjakan kerana ALLAH SWT itu,tetapi dikerjakannya kerana selain-NYA,maka amalan-amalan itu terjauh sama sekali dari keredhaan ALLAH SWT.
Jika dikerjakan sesuatu amalan kerana ALLAH SWT,yang IA tidak redha,maka ianya juga terjauh dari keredhaan-NYA.
            Oleh itu kedua-duanya adalah penting sekali,pertama,mengerjakan amalan-amalan yang diredhai ALLAH SWT dengan berterusan sehingga ianya menjadi tabi'at;kedua ialah kesahihan dan keikhlasan niat yang ertinya mengerjakan setiap amalan untuk mendapat keredhaan ALLAH SWT kerana segenap kejayaan adalah terletak pada keredhaan ALLAH SWT dan segala kegagalan dan kerugian adalah terletak pada kemurkaan-NYA...

0 ulasan:

Catat Ulasan

Pengikut

Pesanan


ShoutMix chat widget

Senarai Blog Saya

Dikuasakan oleh Blogger.