Dadah Menurut Pandangan Islam.
Hukum dan larangan pengambilan dadah adalah jelas haram berdasarkan kepada dalil yang dikiaskan kepada arak.Dalam Al-Qur'an banyak menyebut mengenai pengharaman arak dan dalil pengharaman ini bersandarkan nas-nas(Al-Qur'an dan Al-Hadis) kerana ia termasuk dalam pengertian umum benda-benda yang memabukkan,menghilangkan akal dan kedua-duanya mempunyai alasan hukum yang sama iaitu memabukkan atau terdapat keburukan-keburukan dan membawa kebinasaan terhadap individu-individu dan masyarakat.Ini dapat dibayangkan melalui Firman ALLAH SWT.dalam surah Al-Baqarah ayat 195 yang bermaksud:
"...Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan..."(Surah Al-Baqarah:195)
Dadah juga menghancurkan rumah tangga.Keluarga yang dinaungi oleh ketua yang menggunakan atau menagih dadah akan menimbulkan pelbagai kesulitan dan masalah.Antaranya tidak dapat menyediakan nafkah yang diperlukan oleh keluarga,bahkan memaksa isteri dan anak-anak memberi wang untuk membeli dadah.Sebagai ketua keluarga,Islam menitikberatkan mengenai kehidupan anggota keluarga agar dipelihara dengan sebaik-baiknya.
Firman ALLAH SWT.dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud:
"...peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada api neraka..."(Surah At-Tahrim:06)
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
"Seseorang itu adalah berdosa jika dia menyempitkan orang yang di bawahnya."(Riwayat Ahmad dan Abu Daud)
Menurut fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti Al Diar Al Masriah Al-Sabiq(bekas Mufti Mesir),Al Syeikh Hasanin Makhluf dalam kitabnya,"Fatwa Al-Syari'iyah"bahawa dadah adalah haram hukumnya dari segi penggunaan,pemberian dan membuat jualan perniagaan,mengikut Mazhab Hanafi,Mazhab Syafie dan Al Syeikh Al Islam Ibnu Taimiyah,tokoh Ulama Hambali.

1 ulasan:

salam...
Semoga kita sama-sama menjauhi dari perbuatan ini yang banyak merugikan bangsa dan agama.

Catat Ulasan

Pengikut

Pesanan


ShoutMix chat widget

Senarai Blog Saya

Dikuasakan oleh Blogger.