SYAITAN SEBAGAI ORANG TUA KETIKA AJAL.
Abu Hassan al-Qasi dalam risalat Ibni Abi Zaid menyatakan bahawa ketika manusia sedang berada di hujung ajal,maka ada dua syaitan yang duduk di dekatnya.Yang satu di samping kanan dan yang satunya disamping kiri.
Syaitan di samping kanan menjelma sebagai ayah dan yang kiri menjelma sebagai ibu.Ayahnya mengajak ia untuk memeluk agama Nasrani dan ibunya mengajak pada agama Yahudi.
                   KENING BASAH SAAT MENINGGAL DUNIA.
Salman al-Farisi mengatakan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda:"Perhatikanlah tiga hal pada orang yang akan meninggal dunia.Jika keningnya basah,sepasang matanya berpeluh dan hidungnya mengembang,maka itu adalah rahmat dari ALLAH yang turun kepadanya.
Jika ia terpejam seperti anak perawan yang tercekik,kulitnya berwarna padam dan sepasang sudut mulutnya berbuih,maka itu adalah azab dari ALLAH."
                   WAKTU-WAKTU YANG MEMBAWA KE SYURGA.
Hadis yang diriwayatkan dari Ibnu Mas'ud r.a. menyebutkan,bahawa Nabi Muhammad s.a.w. suatu hari bersabda:
"Barang siapa yang meninggal dunia bertepatan dengan berakhirnya bulan Ramadhan,maka ia akan masuk syurga.Barang siapa meninggal bertepatan berakhirnya hari Arafah,maka ia akan masuk syurga.Barang siapa meninggal dunia bertepatan ketika ia selesai bersedekah,maka ia akan masuk syurga."
                                                                                                       

       

        Umar r.a.hu, selepas ia memeluk agama Islam,menjadi kebanggaan orang-orang Islam dan musuh ketat kafir-kafir mushrikin.Tetapi sebelum itu,dia sering menentang Nabi dan mengganggu orang-orang yang menganuti Islam.Dalam suatu mesyuarat orang-orang Quraish,pada suatu hari,mereka telah memutuskan hendak meminta salah seorang daripada mereka supaya membunuh Rasulullah s.a.w. Umar telah tampil ke hadapan sebagai sukarelawan yang ingin mengusahakan pembunuhan itu.Tiap-tiap Quraish yang menghadziri mesyuarat itu berkata serentak:
          "Ya,engkaulah yang dapat melakukannya,Umar..!" Dengan pedang yang bergantungan di lehernya,Umar pun mengarahkan langkah menuju ke tempat kediaman Nabi.Dalam perjalanannya,dia telah menemui Sa'ad bin Abi-Waqas:
             Sa'ad:"Ke mana kau,Umar?"
              Umar:"Aku hendak pergi menamatkan hidup riwayat Muhammad."
              Sa'ad:"Kalau begitu Banu Hashim,Banu Zuhrah dan Banu Abdi Manaf akan membunuh kamu sebagai tindak balas."
               Umar(gelisah dengan amaran ini) berkata:"Eh,nampaknya kau juga telah meninggalkan agama nenek-moyang kau.Biarlah aku kerjakan kau dahulu."
                Umar dengan serta-merta menghunuskan pedangnya.Sambil mengistiharkan pengislamannya,Sa'ad juga berbuat demikian.Sebelum bertarungan dengan Umar,sempat juga Sa'ad berkata:
                 "Lebih baik engkau menguruskan rumahtangga kau dahulu.Saudara perempuan kau dan ipar kau,kedua-duanya telah memeluk Islam."
                 Kemarahan Umar tatkala mendengar berita ini tidak dapat di ceritakan lagi.Meninggalkan Sa'ad,dia menggerakkan langkahnya ke arah rumah saudara perempuannya.Setibanya di rumah itu,ia dapati rumah itu dikunci dari dalam.Sambil mengetuk-ngetuk pintu,ia menjerit sekuat tenaga kepada saudaranya supaya pintu itu dibuka.
                  Mendengar suara Umar,Khabbab telah lari bersembunyi meninggalkan masyaf-masyaf Qur'an yang sedang mereka baca.Apabila pintu dibuka,Umar dengan cepatnya menempeleng saudaranya sambil berkata:
                "Hai pengkhianat dirimu sendiri,engkau telah meninggalkan agamamu."
                 Tanpa menghiraukan kepala saudaranya yang berdarah,dia masuk ke dalam dan bertanya:"Apakah beliau sedang buat tadi dan siapa dia orang yang suaranya aku dengar dari luar.?" Iparnya menjawab:"Kami hanya berbual-bual sahaja." Umar bertanya kepada iparnya:"Adakah kau juga telah meninggalkan agama nenek-moyang kamu dan memeluk agama baru?" Dia menjawab:"Bagaimana pula kalau agama baru ini lebih baik daripada agama kita yang lama itu." Jawapan ini menyebabkan Umar memukulnya dengan kejam dan menarik-narik janggutnya.Saudaranya yang datang hendak meleraikan mereka juga dipukul sehingga mukanya berlumuran dengan darah.Sambil menangis saudara perempuannya berkata:
                "Umar..!Kami dipukul hanya kerana kami memeluk agama Islam.Kami berazam hendak mati sebagai orang-orang Islam.Kau bebas melakukan apa saja yang kau suka atas diri kami."
                  Apabila hatinya sejuk sedikit dia merasa malu atas perbuatannya terhadap saudara perempuannya itu.Tiba-tiba ia terpandang akan masyaf-masyaf yang ditinggalkan oleh Khabbab tadi.Katanya:"Baiklah,unjukkan masyaf-masyaf ini." "Tidak,"kata saudaranya,"Badan kau tidak bersih dan orang yang tidak bersih tidak seharusnya memegang masyaf-masyaf ini."
                 Umar akhirnya membersihkan badannya dan mula membaca masyaf-masyaf tadi.Surah yang dibacanya ialah Surah Taha.Dia membaca dari permulaan surah itu.Seluruh sikap dan pandangannya berubah apabila ia sampai ke ayat yang berikut:
                  "Akulah ALLAH.Tidak ada Tuhan melainkan Aku.Oleh itu sembahlah Aku dan dirikanlah sembahyang buat menginggati Aku."
                  Kata Umar:"Baiklah...bawa aku bertemu dengan Muhammad."
Mendengar kata-kata Umar ini,Khabbab pun keluarlah dari tempat persembunyian sambil berkata:
                    "Ya Umar..! Ada berita baik buat kamu.Semalam(iaitu malam Juma'at) Nabi telah berdoa kepada ALLAH:"Ya,ALLAH..kuatkanlah Islam dengan Umar atau Abu Jahal,sesiapa yang Engkau suka." Nampaknya ALLAH telah memilih engkau sebagai menunaikan permintaan Nabi."
                     Umar telah menemui Nabi dan pada pagi Juma'at dia telah memeluk agama Islam.Pengislaman Umar merupakan suatu pukulan hebat kepada puak musyirikin.Sungguhpun begitu bilangan orang-orang Islam terlalu kecil kalau dibandingkan dengan bilangan pihak musuh.Kafir-kafir musyirikin telah memperhebatkan usaha-usaha mereka untuk menghapuskan orang-orang Islam serta agama mereka.Dengan Islamnya Umar,kaum Muslimin telah bertambah berani dan sekarang mereka mendirikan sembahyang di Baitul Haram.
                       Kata Abdullah bin Masud:"Pengislaman Umar merupakan suatu kejayaan besar kepada kaum Muslimin,perpindahannya menguatkan kami dan perlantikannya sebagai Khalifah merupakan sesuatu keberkatan kepada kami."

        Safiyyah r.a adalah ibu saudara kepada Rasulullah s.a.w. dan saudara perempuan kandung kepada Hamzah r.a. Beliau turut menyertai di dalam peperangan Uhud.Apabila satria-satria Islam telah di tewaskan di mana sebahagian daripada mereka berundur melarikan diri dari medan pertempuran itu beliau telah memukul mereka dengan lembingnya dan merangsang mereka agar kembali ke medan pertempuran itu.
         Di dalam peperangan Khandak,Rasulullah s.a.w. telah mengumpulkan kesemua dari para wanita Islam di dalam sebuah kota yang berkubu dan baginda telah melantik Hassan bin Thabit r.a. untuk mengawasi mereka.Orang-orang Yahudi yang senantiasa membuat peninjauan untuk mencari peluang-peluang yang sedemikian agar dapat melakukan kerosakan telah mengepung tempat itu dan telah menghantar seorang dari mereka untuk mengintip,sekiranya di sana ada kaum lelaki bersama -sama kaum wanita.Secara kebetulan Safiyyah r.a. terpandang akan orang Yahudi itu mendekati kubu itu,lantas beliau berkata kepada Hassan:
           "Nun di sana ada seorang Yahudi yang datang untuk mengintip gerak-geri kita.Pergilah dikau membunuhnya."
           Hassan r.a. adalah seorang yang lemah.Beliau tidak berani melakukan kerja seumpama itu.Safiyyah r.a. lantas mengambil sebatang penyemat dari khemah itu dan terus keluar dari kota perkubuan itu dengan membuat satu pukulan yang menghinggapi ke atas kepala orang Yahudi tersebut dan telah membunuhnya di situ juga.Sekembalinya ke kota berkubu itu beliau berkata kepada Hassan:
             "Orang itu telah pun mati.Tetapi daku tidak memindahkan pakaian serta senjata dari badannya demi sebab-sebab kesopanan.Sekarang pergilah dikau memindahkan segala yang terdapat pada tubuh badannya dan bawalah kepalanya selepas diceraikan dari tubuhnya."
               Hassan r.a. adalah terlalu lemah semangatnya untuk melakukan perbuatan itu.Sekali lagi beliau sendiri telah keluar dan sekembalinya beliau dari membawa kepala Yahudi tersebut,beliau pun melemparkannya melepasi dinding itu ke arah orang-orang Yahudi itu.Apabila mereka melihat kejadian yang ngeri ini mereka pun berkata:
                "Kami sedang memikirkan bagaimanakah Muhammad dapat menyimpan wanita-wanita dengan bersendirian di kubu itu.Pasti di sini terdapat kaum lelaki yang mengawasi para wanita itu."
                  Safiyyah r.a. telah kembali ke rahmatullah pada tahun 20 s.h. ketika beliau berusia 73 tahun.Peperangan Khandak telah berlaku pada tahun 5 s.h. Oleh itu usia beliau ketika itu 58 tahun.
                   Pada masa akhir-akhir ini seorang wanita yang berusia seumpama ini amatlah sukar didapati boleh melakukan kerja di dalam urusan-urusan rumah tangga.Tetapi lihatlah bagaimana Safiyyah r.a. membunuh seorang Yahudi dengan bersendirian sahaja....

        Pada suatu ketika apabila Nabi mendatangi masjid untuk mendirikan solat,terlihat oleh baginda beberapa orang sahabat sedang gelak ketawa.Baginda berkata:
         "Kalau kamu selalu mengingati maut,sudah tentu aku tidak akan mendapati kamu dalam keadaan demikian.Pada setiap masa kamu hidup,kamu mesti mengingati maut.Setiap waktu tanah perkuburan memekek mengatakan:'Aku ini merupakan semak samun.Aku ini dipenuhi dengan debu.Aku ini penuh dengan serangga.'
           Apabila seorang mu'min dikebumikan di dalamnya,bumi berkata:'Aku ucapkan selamat datang kepadamu.Diantara manusia yang bertebaran di permukaan bumi ini,engkaulah yang paling ku sukai.Baik sungguh hatimu kerana sudi memasuki aku.Sekarang lihatlah bagaimana aku menghiburkan hatimu?Kemudian bumi membesar sejauh mata memandang.Sebuah pintu syurga terbuka dihadapannya.Melalui pintu itu bau-bauan yang semerbak harumnya menyusupi lubang hidungnya...
             Tetapi apabila seorang jahat dimasukkan ke dalamnya,bumi berkata:'Tidak ada kata alu-aluan untukmu.Sungguh malang nasibmu ini.Di antara manusia yang hidup di dunia,engkaulah yang paling ku benci.Sekarang lihatlah layananku terhadap mu.Kemudian ia dihimpit oleh bumi sehingga tulang-tulang rusuknya saling tikam-menikam.Sebanyak tujuh puluh ekor ular akan memagutnya sehinggalah hari Khiamat.Ular-ular ini terlalu bisa sehingga kalau seekor sahaja menyemburkan bisanya di permukaan bumi,sehelai rumput pun tidak akan tumbuh...
               Kemudian Nabi berkata:
"Kubur boleh merupakan syurga ataupun neraka."
                Sifat takut kepada ALLAH pasti terdapat pada tiap-tiap orang Islam yang benar-benar beriman.Sifat takut ini dapat diwujudkan dan dipupuk sehingga ia tumbuh dengan suburnya kalau kita dalam kehidupan kita sehari-hari dapat mengingati mati.

Diantara malaikat-malaikat ada yang bertugas mencatat amal-amal perbuatan seluruh manusia.Mereka perhitungkan dalam catatannya itu secara teliti sekali,kebaikan-kebaikan atau kejahatan-kejahatan yang dilakukan oleh manusia tersebut.
            Dalam hal ini ALLAH TA'ALA berfirman yang bermaksud:
"Sesungguhnya kami(ALLAH) menciptakan manusia dan kami mengetahui apa yang dibisikan oleh hatinya dan kami dekat padanya dari urat lehernya sendiri,ingatlah ketika disambut oleh dua malaikat penyambut.Yang seorang duduk disebelah kanan dan yang seorang lagi duduk di sebelah kiri.Tidak sebuah kata pun yang diucapakan oleh manusia itu,melainkan di dekatnyya ada pengawas,yakni malaikat Raqib(pencatat kebaiakan) serta Atiq(pencatat kejahatan)."  (Qaf:16-18)
             ALLAH TA'ALA berfirman lagi yang maksudnya:
"Sesungguhnya untukmu semua ada beberapa penjaga,Malaikat yang mulia sebagai pencatat.Mereka mengetahui apa saja yang kamu lakukan."  (Al-Infithar:10-12)
              Al-Hasan r.a. dalam mengulas firman ALLAH TA'ALA yang brmaksud:"Yang seorang duduk di sebelah kanan dan yang seorang duduk di sebelah kiri."
              Ia berkata:"Hai manusia,ingatlah..!"Sudah jelas bahawa disisimu itu ada halaman sebagai catatan yang akan selalu dituliskan di situ.Untukmu ditugaskanlah dua malaikat yang mulia,seorang ada di sebelah kananmu dan seorang lagi di sebelah kirimu.
             Yang ada di kananmu itu tugasnya ialah mencatat amal-amal perbuatanmu yang yang baik,sedang yang ada di kirimu itu mencatat amal perbuatanmu yang buruk.Oleh sebab itulah beramallah pilih saja kehendak hatimu,juga sukamulah untuk beramal banyak atau sedikit.
               Tetapi insaflah benar-benar akibatnya.Jikalau engkau sudah meninggal dunia,maka halaman catatanmu akan ditutup dan akan disertakan denganmu dalam kubur,dikalungkan dilehermu.Nanti apabila saat hari kiamat telah tiba dan engkau dibangkitkan kembali dari kuburmu,maka di kala itulah ALLAH TA'ALA akan berfirman yang maksudnya:
                 "Kepada setiap manusia itu Kami ikatkan amal-amal perbuatannya di lehernya dan Kami keluarkan padanya pada hari kiamat,merupakan suatu catatan yang didapatinya terkembang di mukannya.Bacalah kitab catatanmu.Cukuplah pada hari ini engkau membut perhitungan atas dirimu sendiri."  (Al-Isra':13-14)
               Al-Hasan r.a. meneruskan huraiannya:"Benar-benar adillah,demi ALLAH,kerana ALLAH TA'ALA telah memberikan pencatat amal perbuatan untuk dirimu itu."
                ALLAH TA'ALA berfirman pula dalam ayat lain yang maksudnya:"Adakah mereka(manusia-manusia)itu telah membuat rencana pekerjaan,maka Kami(ALLAH)pun membuat rencana pula.Ataukah mereka mengira bahawa Kani tidak mendengarkan rahsia dan bisik-bisikan mereka?Sebenarnya beberapa utusan(malaikat)Kami berada dekat mereka sambil mencatat amal-amal perbuatan mereka."  (Az-Zukhruf:79-80)
                 Para malaikat yang ditugaskan khusus sebagai pencatat amal-amal perbuatan ini,memang menyediakan untuk masing-masing orang sebuah buku cacatan,agar mudah diperlihatkan pada hari kiamat di waktu perhitungan amal(hisab) diadakan.
                 Selanjutnya pada waktu penunjukkan amal itu,manusia-manusia itu sendiri akan menyaksikan apa-apa yang telah dilakukannya,baik yang berupa kebaikan atau kejahatan.
                  ALLAH TA'ALA berfirman yang maksudnya:"Dan tiuplah sangkakala,itulah hari yang dijanjikan.Setiap orang datang ke muka,masing-masing dengan penghalau dan saksi-saksinya(malaikat-malaikat).Kepadanya dikatakan:"  Engkau lengah tentang ini,tetapi sekarang Kami bukakan tabir yang menutupi engkau,sebab itu pemandangan pada hari ini amat tajam sekali."  (Qaf:20-22).
                   Sebagian malaikat lagi,ada yang bertugas untuk memberikan perkukuhan kepada kaum mukmin agar mantaplah apa-apa yang di tahan dalam hati sanubari mereka itu,sebagaimana firman ALLAH TA'ALA yang maksudnya:"Ketika Tuhanmu mewahyukan kepada para malaikat:"Sesungguhnya AKU(ALLAH) bersama kamu semua,maka perkukuhlah pendirian orang-orang yang beriman."(Al-Anfal:12)
                   ALLAH TA'ALA berfirman lagi yang maksudnya:
"  Tidaklah akan engkau dapati kaum yang beriman kepada ALLAH dan hari akhir itu berkasih sayang dengan orang yang melawan ALLAH dan Rasul-NYA,biar pun orang itu ayah,anak,saudara ataupun keluarga mereka sendiri.Mereka itulah orang-orang yang dituliskan oleh ALLAH keimanan dalam hati mereka dan ALLAH mengukuhkan mereka dengan Roh daripadanya."(Al-Mujadalah:22)

DADAH atau "Drug" adalah bahan atau kimia yang amat merbahaya kepada individu yang menggunakannya kerana ia mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi.Banyak hal yang berkaitan dengan dadah senantiasa menjadi bahan berita.Apabila mendengar saja perkataan dadah,kita terus memikirkan jenis-jenis dadah seperti ganja dan heroin.Tetapi,sebenarnya terdapat beribu-ribu jenis dadah di seluruh dunia yang digunakan oleh lebih kurang 200 juta manusia untuk pelbagai tujuan.
          Menurut Kamus Dewan Melayu-Inggeris,makna perkataan 'DRUG' bermaksud ubat-ubatan.Walaupun demikian,untuk memberi takrif penyalahgunaan kepada 'DRUG',perkataan 'use','misuse' atau 'abuse' perlu digunakan bersama-sama dengan perkataan 'DRUG'.Contohnya 'drug abuse' atau 'misuse of drug' yang membawa maksud penyalahgunaan dadah.
          Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal,mental dan emosi serta tingkahlaku pengguna apabila digunakan.Akibat daripada kesan ini,seseorang yang menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan akan terus bergantung hidup kepadanya.Seseorang penagih sanggup menggadai maruah serta memperhambakan diri kepada sesiapa sahaja walau dalam apa jua keadaan,asalkan bekalan dadahnya terjamin.Akibatnya ramai yang sanggup mengemis dan melacurkan diri.
           Tanpa disedari,anda sendiri mungkin telah menggunakan beberapa jenis dadah dalam hidup anda.Ubat-ubatan seperti 'paracetamol' dan 'antibiotic' membantu menyembuhkan anda sekiranya anda tidak sihat.
            Teh,kopi dan coklat juga mengandungi sejenis dadah rangsangan yang dikenali sebagai 'caffeine'.Akan tetapi,dadah rangsangan seperti ini tidak mengakibatkan ketagihan yang bermasalah kepada individu,masyarakat dan negara.Oleh itu,penggunaan bahan minuman dan makanan ini tidak salah di sisi undang-undang.
             Namun demikian,beberapa jenis dadah adalah dadah yang dilarang pengambilannya kerana dadah ini mengakibatkan ketagihan dan masalah-masalah kesihatan,sosial,ekonomi dan sebagainya.
             Oleh itu, Kerajaan Malaysia telah menyenaraikan dadah ini di dalam Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk mengharamkan penanaman,pengeluaran,pengedaran,import,eksport,pemilikan dan penyalahgunaan dadah seumpama ini.
              Jenis dadah seperti kokain,ganja,heroin,syabu dan 'ecstasy' diambil untuk mengubah perasaan dan fikiran anda.Dadah-dadah ini juga dikenali sebagai "dadah yang disalahguna".Oleh itu hindarilah penyalahgunaan DADAH...!!!

Daripada Ali bin Abi Thalib.;"Bahawasanya kami sedang duduk bersama Rasulullah s.a.w. di dalam masjid.Tiba-tiba datang Mus'ab bin Umair r.a. dan tiada di atas badannya kecuali sehelai selendang yang bertampung dengan kulit.
          Tatkala Rasulullah s.a.w. melihat kepadanya baginda menangis dan menitiskan air mata kerana mengenangkan kemewahan Mus'ab ketika berada di Makkah dahulu(kerana sangat dimanjakan oleh ibunya) dan kerana memandang nasib Mus'ab sekarang(ketika berada di Madinah sebagai seorang Muhajirin yang terpaksa meninggalkan segala harta benda dan kekayaan di Makkah)
          "Kemudian Nabi Muhammad s.a.w bersabda,"Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu saat nanti,pergi di waktu pagi dengan satu pakaian,dan pergi di waktu petang dengan pakaian yang lain pula.Dan bila diangkatkan satu hidangan diletakkan pula satu hidangan yang lain.
            "Dan kamu menutupi(menghiasi) rumah kamu seperti mana kamu memasang kelambu Kaabah?"
              "Maka jawab sahabat,"Wahai Rasulullah,tentunya diwaktu itu kami lebih baik daripada di hari ini.Kami akan memberikan penumpuan kepada masalah ibadat sahaja dan tidak usah mencari rezeki."
               Lalu Nabi s.a.w. bersabda:"Tidak...!!! Keadaan kamu dihari ini adalah lebih baik dari keadaan kamu dihari itu."(HR.Termizi)

UGANDA...merupakan negara di Afrika yang terdapat masyarat Islam.Mereka ialah golongan kedua terbanyak selepas masyarakat Kristian.
        Negara ini memang terkenal terutama semasa pemerintahan Idi Amin(1971-1979).
         Di Uganda terdapat ratusan masjid yang tersebar di seluruh negeri yang mempunyai kawasan perhutanan yang luas itu.
          Masjid-masjid di Uganda tidak hanya untuk masyarakat Islam di sana menunaikan ibadah solat sahaja,malah juga dijadikan institusi pengajian Islam.
          Al-Qur'an juga diterjemah sekurang-kurangnya dalam dua bahasa asli Afrika,bahasa Kiswahili dan Luganda.
          Dilaporkan setiap tahun, ratusan masyarakat Islam Uganda menunaikan fardhu Haji ke tanah suci Makkah.
           Umat Islam disana taat melaksanakan syariat Islam yang sebilangan besarnya mengikut mazhab Imam Syafi'ie dan selebihnya adalah pengikut Mazhab Maliki...

Kalau kita telah mempelajari dan memiliki ilmu-ilmu itu,apakah kewajipan kita harus tunaikan?
Kewajipan yang harus ditunaikan ialah mengamalkan segala ilmu itu,sehingga menjadi ilmu yang manfaat;manfaat bagi diri kita sendiri dan manfaat bagi orang lain.
      Agar manfaat bagi orang lain hendaklah ilmu-ilmu itu,kita ajarkan kepada mereka.Mengajar ilmu-ilmu ialah:"Memberi penerangan kepada mereka dengan huraian lisan atau dengan melaksanakan sesuatu amal di hadapan mereka atau dengan jalan menyusun dan mengarang buku-buku untuk dapat diambil manfaatnya.
       Mengajar ilmu kecuali memang diperintah oleh agama,sungguh tidak disangkal lagi,bahawa mengajar adalah suatu pekerjaan yang seutama-utamanya.Nabi diutus ke dunia ini pun dengan tugas mengajar,sebagaimana sabdanya:
        "Aku diutus ini,untuk menjadi pengajar."(Riwayat Baihaqi)
        Sekiranya ALLAH tidak membangkitkan Rasul untuk menjadi guru manusia,guru dunia tentulah masyarakat manusia tinggal dalam kebodohan sepanjang masa.
         Walaupun akal dan otak manusia mungkin menghasilkan berbagai ilmu pengetahuan,namun masih ada juga hal-hal yang tidak dapat diijangkau,yaitu hal-hal yang di luar akal manusia.Untuk itulah Rasul ALLAH dibangkitkan di dunia ini.
          Mengingat pentingnya penyebaran ilmu pengetahuan kepada manusia/masyarakat secara luas,agar mereka tidak dalam kebodohan  dan kegelapan,maka diperlukan kesedarannya bagi para mu'allim,para guru dan ulama untuk beringan tangan menuntun meeka menuju kebahagiaan dunia dan akhirat.
          Bagi para guru dan ulama yang suka menyembunyikan ilmunya mendapat ancaman,sebagaimana sabda Nabi s.a.w.:
          "Barangsiapa ditanya tentang sesuatu ilmu,kemudian menyembunyikan (tidak mau memberikan jawapannya) maka ALLAH akan mengekangkan(mulutnya) kelak di hari kiamat dengan kekangan(kendali) dari api neraka."(Riwayat Ahmad)
            Marilah kita tuntut ilmu pengetahuan sesempat mungkin dengan tidak ada hentinya tanpa jemu sampai ke liang kubur,dengan ikhlas dan tekad mengamalkan dan meyumbangkannya kepada masyarakat,agar kita semua dapat mengeyam hasil buahnya.

Jika anak itu hidup dengan KRITIKAN
Ia belajar untuk MENCELA
Jika anak itu hidup dengan KEKERASAN
Ia belajar untuk MENENTANG
Jika anak itu hidup dengan BELAIAN KASIH
Ia belajar untuk RESAN DIRI
Jika anak itu hidup dalam suasana yang IRI HATI
Ia belajar untuk merasa BERSALAH
Jika anak itu hidup dengan TOLERANSI
Ia belajar untuk BERSABAR
Jika anak itu hidup dengan GALAKAN
Ia belajar untuk BERKEYAKINAN
Jika anak itu hidup dengan PUJIAN
Ia belajar untuk MENGHARGAI
Jika anak itu hidup dengan SAKSAMA
Ia belajar untuk berlaku ADIL
Jikaa anak itu hidup dengan KERELAAN
Ia belajar MENYAYANGI
Jika anak itu hidup dalam RESTU
Ia belajar MENYUKAI DIRINYA
Jika anak itu hidup dengan PENGHARGAAN
Ia belajar MEMPUNYAI MATLAMAT
Jika anak itu hidup dengan KEJUJURAN
Ia belajar apa itu KEADILAN
Jika anak itu hidup dalam KEIKHLASAN
Ia belajar apa itu KEBENARAN
Jika anak itu hidup dalam KESELAMATAN
Ia belajar MEYAKIN DIRI dan orang sekelilingnya
Jika anak itu hidup dalam KERAMAH-TAMAHAN
Ia belajar bahawa dunia ialah TEMPAT YANG BAIK untuk hidup...

Amalan-amalan akan mendatangkan nur apabila dikerjakannya semata-mata kerana keredhaan ALLAH SWT dan untuk mendapatkan ganjaran di akhirat.Andaikata niat kita tidak ikhlas dan hening,maka amalan-amalan itu nescaya akan melemparkan kita ke dalam Neraka Jahannam.
           Sahabat Abu Hurairah r.a. memberitakan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:"Manusia yang mula-mula akan menghadapi pertanyaan di hari Qiamat ialah 3 orang dan merekalah yang mula-mula sekali akan dicampakkan ke dalam Neraka Jahannam;seorang ialah yang terbunuh(mati syahid)dalam perang mempertahankan agama;seorang lagi A'lim agama dan A'lim Qur'an yang menyebarkan ilmu pengetahuan hingga ke akhir hayatnya dan seorang lagi ialah seorang dermawan yang paling kaya yang diberi ALLAH harta kekayaan yang tak terhingga banyaknya dan membelanjakannya pada jalan ALLAH SWT.Tetapi ketiga-tiga orang itu mengerjakan amalan-amalan tersebut bukanlah kerana ALLAH SWT tetapi untuk mencari nama kemasyhuran dan kemuliaan dalam dunia ini."Rasullullah s.a.w. bersabda:"Apabila ketiga-tiga orang itu dibawa ke mahkamah ALLAH SWT yang Maha Adil untuk mengadilinya,lalu Tuhan berfirman:"Kami Amat Mengetahui isihati dan niat-niat kamu,kamu mengerjakan amalan-amalan nurani lagi saleh ini bukanlah untuk mencari keredhaan-KU tetapi untuk mencari nama dan kemasyhuran dan itu semuanya telah diberikan kepada kamu,di sini tiadalah suatu apa pun untukmu."Kemudian kerana amalan-amalan mereka itulah maka ALLAH SWT melempari mereka ke dalam Neraka Jahannam."Diterangkan di dalam kitab-kitab hadits bahawa mereka itulah makhluk yang mula-mula sekali akan menderitai Api Neraka Jahannam di hari Qiamat.
Benarlah Firman ALLAH SWT dalam Al-Qur'an yang bermksud:
"Barangsiapa yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya nescaya Kami berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna dan mereka di dunia itu tidak akan dirugikan.Itulah orang yang tidak peroleh di akhirat,kecuali Neraka dan lenyaplah di akhirat itu apa yang telah mereka usahakan di dunia dan sia-sialah apa yang telah mereka kerjakan."(Surah Hud,A:15-16)
           Apabila syaitan tidak berjaya menjauhkan hamba-hamba ALLAH SWT dari amalan yang saleh maka dia berusaha untuk merosakkan niatnya.
           Andaikata amalan-amalan yang patut dikerjakan kerana ALLAH SWT itu,tetapi dikerjakannya kerana selain-NYA,maka amalan-amalan itu terjauh sama sekali dari keredhaan ALLAH SWT.
Jika dikerjakan sesuatu amalan kerana ALLAH SWT,yang IA tidak redha,maka ianya juga terjauh dari keredhaan-NYA.
            Oleh itu kedua-duanya adalah penting sekali,pertama,mengerjakan amalan-amalan yang diredhai ALLAH SWT dengan berterusan sehingga ianya menjadi tabi'at;kedua ialah kesahihan dan keikhlasan niat yang ertinya mengerjakan setiap amalan untuk mendapat keredhaan ALLAH SWT kerana segenap kejayaan adalah terletak pada keredhaan ALLAH SWT dan segala kegagalan dan kerugian adalah terletak pada kemurkaan-NYA...

Kita digalakkan mencari teman sebanyak-banyaknya.Teman yang dicari mestilah yang memiliki budi pekerti yang baik sehingga boleh memberi manfaat kepada diri,keluarga,masyarakat dan ummah.Sebaliknya agama Islam melarang seseorang mencari teman yang mempunyai budi pekerti yang buruk,kerana boleh merosakkan hubungan persaudaraan.Islam telah meletakkan asas-asas memilih sahabat sebagai berikut:
1.Pilih sahabat yang cerdik dan mempunyai akhlak yang baik sama ada hubungan dengan ALLAH mahupun dengan manusia.
2.Carilah sahabat yang suka mendekatkan diri kepada ALLAH SWT dengan cara rajin beribadah dan meninggalkan perbuatan mungkar.
3.Pilih sahabat yang mahumembantu di waktu senang dan susah.
4.Elakkan dari teman yang senantiasa mendorong kita melakukan perbuatan fasik.
5.Hindari sahabat yang suka berdusta,mengumpat,mengeluarkan kata-kata yang kotor,memaki hamun dan mencela orang lain.
6.Pilih sahabat yang suka memaafkan kesalahan dan kesilapan orang lain.
7.Pilih sahabat yang bersifat rendah diri dan tidak sombong.
8.Pilih sahabat yang mahu memberi nasihat apabila kita melakukan kesilapan.
9.Pilih sahabat yang sabar dalam menerima cabaran hidup.

Dadah Menurut Pandangan Islam.
Hukum dan larangan pengambilan dadah adalah jelas haram berdasarkan kepada dalil yang dikiaskan kepada arak.Dalam Al-Qur'an banyak menyebut mengenai pengharaman arak dan dalil pengharaman ini bersandarkan nas-nas(Al-Qur'an dan Al-Hadis) kerana ia termasuk dalam pengertian umum benda-benda yang memabukkan,menghilangkan akal dan kedua-duanya mempunyai alasan hukum yang sama iaitu memabukkan atau terdapat keburukan-keburukan dan membawa kebinasaan terhadap individu-individu dan masyarakat.Ini dapat dibayangkan melalui Firman ALLAH SWT.dalam surah Al-Baqarah ayat 195 yang bermaksud:
"...Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan..."(Surah Al-Baqarah:195)
Dadah juga menghancurkan rumah tangga.Keluarga yang dinaungi oleh ketua yang menggunakan atau menagih dadah akan menimbulkan pelbagai kesulitan dan masalah.Antaranya tidak dapat menyediakan nafkah yang diperlukan oleh keluarga,bahkan memaksa isteri dan anak-anak memberi wang untuk membeli dadah.Sebagai ketua keluarga,Islam menitikberatkan mengenai kehidupan anggota keluarga agar dipelihara dengan sebaik-baiknya.
Firman ALLAH SWT.dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud:
"...peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada api neraka..."(Surah At-Tahrim:06)
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
"Seseorang itu adalah berdosa jika dia menyempitkan orang yang di bawahnya."(Riwayat Ahmad dan Abu Daud)
Menurut fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti Al Diar Al Masriah Al-Sabiq(bekas Mufti Mesir),Al Syeikh Hasanin Makhluf dalam kitabnya,"Fatwa Al-Syari'iyah"bahawa dadah adalah haram hukumnya dari segi penggunaan,pemberian dan membuat jualan perniagaan,mengikut Mazhab Hanafi,Mazhab Syafie dan Al Syeikh Al Islam Ibnu Taimiyah,tokoh Ulama Hambali.

1.ALASAN JUMHUR ULAMA.
Meskipun ada dikalangan para ulama yang menyatakan seseorang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja adalah kafir,tetapi Jumhur Ulama telah berpendapat sebaliknya.Iaitu,seseorang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja tidaklah menjadi kafir.Diantara alasan yang dikemukakan oleh Jumhur Ulama ialah:
Firman ALLAH SWT:-
"Sesungguhnya ALLAH tidak akan mengampuni dosa menyekutukan(sesuatu) dengan-NYA,tetapi DIA mengampuni dosa selain daripada itu bagi sesiapa yang DIA kehendaki."(An.Nisa':116)
Sekiranya meninggalkan sembahyang menyebabkan seseorang itu menjadi kafir,tentulah orang tersebut tidak termasuk di dalam golongan yang ALLAH ampuni dosanya.Pada hal dalam ayat di atas,ALLAH menyatakan bahawa dosa yang tidak akan diampuni adalah dosa orang yang menyekutukan-NYA...

Pengikut

Pesanan


ShoutMix chat widget

Senarai Blog Saya

Dikuasakan oleh Blogger.