SYAITAN SEBAGAI ORANG TUA KETIKA AJAL.
Abu Hassan al-Qasi dalam risalat Ibni Abi Zaid menyatakan bahawa ketika manusia sedang berada di hujung ajal,maka ada dua syaitan yang duduk di dekatnya.Yang satu di samping kanan dan yang satunya disamping kiri.
Syaitan di samping kanan menjelma sebagai ayah dan yang kiri menjelma sebagai ibu.Ayahnya mengajak ia untuk memeluk agama Nasrani dan ibunya mengajak pada agama Yahudi.
                   KENING BASAH SAAT MENINGGAL DUNIA.
Salman al-Farisi mengatakan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda:"Perhatikanlah tiga hal pada orang yang akan meninggal dunia.Jika keningnya basah,sepasang matanya berpeluh dan hidungnya mengembang,maka itu adalah rahmat dari ALLAH yang turun kepadanya.
Jika ia terpejam seperti anak perawan yang tercekik,kulitnya berwarna padam dan sepasang sudut mulutnya berbuih,maka itu adalah azab dari ALLAH."
                   WAKTU-WAKTU YANG MEMBAWA KE SYURGA.
Hadis yang diriwayatkan dari Ibnu Mas'ud r.a. menyebutkan,bahawa Nabi Muhammad s.a.w. suatu hari bersabda:
"Barang siapa yang meninggal dunia bertepatan dengan berakhirnya bulan Ramadhan,maka ia akan masuk syurga.Barang siapa meninggal bertepatan berakhirnya hari Arafah,maka ia akan masuk syurga.Barang siapa meninggal dunia bertepatan ketika ia selesai bersedekah,maka ia akan masuk syurga."
                                                                                                       

       

        Umar r.a.hu, selepas ia memeluk agama Islam,menjadi kebanggaan orang-orang Islam dan musuh ketat kafir-kafir mushrikin.Tetapi sebelum itu,dia sering menentang Nabi dan mengganggu orang-orang yang menganuti Islam.Dalam suatu mesyuarat orang-orang Quraish,pada suatu hari,mereka telah memutuskan hendak meminta salah seorang daripada mereka supaya membunuh Rasulullah s.a.w. Umar telah tampil ke hadapan sebagai sukarelawan yang ingin mengusahakan pembunuhan itu.Tiap-tiap Quraish yang menghadziri mesyuarat itu berkata serentak:
          "Ya,engkaulah yang dapat melakukannya,Umar..!" Dengan pedang yang bergantungan di lehernya,Umar pun mengarahkan langkah menuju ke tempat kediaman Nabi.Dalam perjalanannya,dia telah menemui Sa'ad bin Abi-Waqas:
             Sa'ad:"Ke mana kau,Umar?"
              Umar:"Aku hendak pergi menamatkan hidup riwayat Muhammad."
              Sa'ad:"Kalau begitu Banu Hashim,Banu Zuhrah dan Banu Abdi Manaf akan membunuh kamu sebagai tindak balas."
               Umar(gelisah dengan amaran ini) berkata:"Eh,nampaknya kau juga telah meninggalkan agama nenek-moyang kau.Biarlah aku kerjakan kau dahulu."
                Umar dengan serta-merta menghunuskan pedangnya.Sambil mengistiharkan pengislamannya,Sa'ad juga berbuat demikian.Sebelum bertarungan dengan Umar,sempat juga Sa'ad berkata:
                 "Lebih baik engkau menguruskan rumahtangga kau dahulu.Saudara perempuan kau dan ipar kau,kedua-duanya telah memeluk Islam."
                 Kemarahan Umar tatkala mendengar berita ini tidak dapat di ceritakan lagi.Meninggalkan Sa'ad,dia menggerakkan langkahnya ke arah rumah saudara perempuannya.Setibanya di rumah itu,ia dapati rumah itu dikunci dari dalam.Sambil mengetuk-ngetuk pintu,ia menjerit sekuat tenaga kepada saudaranya supaya pintu itu dibuka.
                  Mendengar suara Umar,Khabbab telah lari bersembunyi meninggalkan masyaf-masyaf Qur'an yang sedang mereka baca.Apabila pintu dibuka,Umar dengan cepatnya menempeleng saudaranya sambil berkata:
                "Hai pengkhianat dirimu sendiri,engkau telah meninggalkan agamamu."
                 Tanpa menghiraukan kepala saudaranya yang berdarah,dia masuk ke dalam dan bertanya:"Apakah beliau sedang buat tadi dan siapa dia orang yang suaranya aku dengar dari luar.?" Iparnya menjawab:"Kami hanya berbual-bual sahaja." Umar bertanya kepada iparnya:"Adakah kau juga telah meninggalkan agama nenek-moyang kamu dan memeluk agama baru?" Dia menjawab:"Bagaimana pula kalau agama baru ini lebih baik daripada agama kita yang lama itu." Jawapan ini menyebabkan Umar memukulnya dengan kejam dan menarik-narik janggutnya.Saudaranya yang datang hendak meleraikan mereka juga dipukul sehingga mukanya berlumuran dengan darah.Sambil menangis saudara perempuannya berkata:
                "Umar..!Kami dipukul hanya kerana kami memeluk agama Islam.Kami berazam hendak mati sebagai orang-orang Islam.Kau bebas melakukan apa saja yang kau suka atas diri kami."
                  Apabila hatinya sejuk sedikit dia merasa malu atas perbuatannya terhadap saudara perempuannya itu.Tiba-tiba ia terpandang akan masyaf-masyaf yang ditinggalkan oleh Khabbab tadi.Katanya:"Baiklah,unjukkan masyaf-masyaf ini." "Tidak,"kata saudaranya,"Badan kau tidak bersih dan orang yang tidak bersih tidak seharusnya memegang masyaf-masyaf ini."
                 Umar akhirnya membersihkan badannya dan mula membaca masyaf-masyaf tadi.Surah yang dibacanya ialah Surah Taha.Dia membaca dari permulaan surah itu.Seluruh sikap dan pandangannya berubah apabila ia sampai ke ayat yang berikut:
                  "Akulah ALLAH.Tidak ada Tuhan melainkan Aku.Oleh itu sembahlah Aku dan dirikanlah sembahyang buat menginggati Aku."
                  Kata Umar:"Baiklah...bawa aku bertemu dengan Muhammad."
Mendengar kata-kata Umar ini,Khabbab pun keluarlah dari tempat persembunyian sambil berkata:
                    "Ya Umar..! Ada berita baik buat kamu.Semalam(iaitu malam Juma'at) Nabi telah berdoa kepada ALLAH:"Ya,ALLAH..kuatkanlah Islam dengan Umar atau Abu Jahal,sesiapa yang Engkau suka." Nampaknya ALLAH telah memilih engkau sebagai menunaikan permintaan Nabi."
                     Umar telah menemui Nabi dan pada pagi Juma'at dia telah memeluk agama Islam.Pengislaman Umar merupakan suatu pukulan hebat kepada puak musyirikin.Sungguhpun begitu bilangan orang-orang Islam terlalu kecil kalau dibandingkan dengan bilangan pihak musuh.Kafir-kafir musyirikin telah memperhebatkan usaha-usaha mereka untuk menghapuskan orang-orang Islam serta agama mereka.Dengan Islamnya Umar,kaum Muslimin telah bertambah berani dan sekarang mereka mendirikan sembahyang di Baitul Haram.
                       Kata Abdullah bin Masud:"Pengislaman Umar merupakan suatu kejayaan besar kepada kaum Muslimin,perpindahannya menguatkan kami dan perlantikannya sebagai Khalifah merupakan sesuatu keberkatan kepada kami."

        Safiyyah r.a adalah ibu saudara kepada Rasulullah s.a.w. dan saudara perempuan kandung kepada Hamzah r.a. Beliau turut menyertai di dalam peperangan Uhud.Apabila satria-satria Islam telah di tewaskan di mana sebahagian daripada mereka berundur melarikan diri dari medan pertempuran itu beliau telah memukul mereka dengan lembingnya dan merangsang mereka agar kembali ke medan pertempuran itu.
         Di dalam peperangan Khandak,Rasulullah s.a.w. telah mengumpulkan kesemua dari para wanita Islam di dalam sebuah kota yang berkubu dan baginda telah melantik Hassan bin Thabit r.a. untuk mengawasi mereka.Orang-orang Yahudi yang senantiasa membuat peninjauan untuk mencari peluang-peluang yang sedemikian agar dapat melakukan kerosakan telah mengepung tempat itu dan telah menghantar seorang dari mereka untuk mengintip,sekiranya di sana ada kaum lelaki bersama -sama kaum wanita.Secara kebetulan Safiyyah r.a. terpandang akan orang Yahudi itu mendekati kubu itu,lantas beliau berkata kepada Hassan:
           "Nun di sana ada seorang Yahudi yang datang untuk mengintip gerak-geri kita.Pergilah dikau membunuhnya."
           Hassan r.a. adalah seorang yang lemah.Beliau tidak berani melakukan kerja seumpama itu.Safiyyah r.a. lantas mengambil sebatang penyemat dari khemah itu dan terus keluar dari kota perkubuan itu dengan membuat satu pukulan yang menghinggapi ke atas kepala orang Yahudi tersebut dan telah membunuhnya di situ juga.Sekembalinya ke kota berkubu itu beliau berkata kepada Hassan:
             "Orang itu telah pun mati.Tetapi daku tidak memindahkan pakaian serta senjata dari badannya demi sebab-sebab kesopanan.Sekarang pergilah dikau memindahkan segala yang terdapat pada tubuh badannya dan bawalah kepalanya selepas diceraikan dari tubuhnya."
               Hassan r.a. adalah terlalu lemah semangatnya untuk melakukan perbuatan itu.Sekali lagi beliau sendiri telah keluar dan sekembalinya beliau dari membawa kepala Yahudi tersebut,beliau pun melemparkannya melepasi dinding itu ke arah orang-orang Yahudi itu.Apabila mereka melihat kejadian yang ngeri ini mereka pun berkata:
                "Kami sedang memikirkan bagaimanakah Muhammad dapat menyimpan wanita-wanita dengan bersendirian di kubu itu.Pasti di sini terdapat kaum lelaki yang mengawasi para wanita itu."
                  Safiyyah r.a. telah kembali ke rahmatullah pada tahun 20 s.h. ketika beliau berusia 73 tahun.Peperangan Khandak telah berlaku pada tahun 5 s.h. Oleh itu usia beliau ketika itu 58 tahun.
                   Pada masa akhir-akhir ini seorang wanita yang berusia seumpama ini amatlah sukar didapati boleh melakukan kerja di dalam urusan-urusan rumah tangga.Tetapi lihatlah bagaimana Safiyyah r.a. membunuh seorang Yahudi dengan bersendirian sahaja....

        Pada suatu ketika apabila Nabi mendatangi masjid untuk mendirikan solat,terlihat oleh baginda beberapa orang sahabat sedang gelak ketawa.Baginda berkata:
         "Kalau kamu selalu mengingati maut,sudah tentu aku tidak akan mendapati kamu dalam keadaan demikian.Pada setiap masa kamu hidup,kamu mesti mengingati maut.Setiap waktu tanah perkuburan memekek mengatakan:'Aku ini merupakan semak samun.Aku ini dipenuhi dengan debu.Aku ini penuh dengan serangga.'
           Apabila seorang mu'min dikebumikan di dalamnya,bumi berkata:'Aku ucapkan selamat datang kepadamu.Diantara manusia yang bertebaran di permukaan bumi ini,engkaulah yang paling ku sukai.Baik sungguh hatimu kerana sudi memasuki aku.Sekarang lihatlah bagaimana aku menghiburkan hatimu?Kemudian bumi membesar sejauh mata memandang.Sebuah pintu syurga terbuka dihadapannya.Melalui pintu itu bau-bauan yang semerbak harumnya menyusupi lubang hidungnya...
             Tetapi apabila seorang jahat dimasukkan ke dalamnya,bumi berkata:'Tidak ada kata alu-aluan untukmu.Sungguh malang nasibmu ini.Di antara manusia yang hidup di dunia,engkaulah yang paling ku benci.Sekarang lihatlah layananku terhadap mu.Kemudian ia dihimpit oleh bumi sehingga tulang-tulang rusuknya saling tikam-menikam.Sebanyak tujuh puluh ekor ular akan memagutnya sehinggalah hari Khiamat.Ular-ular ini terlalu bisa sehingga kalau seekor sahaja menyemburkan bisanya di permukaan bumi,sehelai rumput pun tidak akan tumbuh...
               Kemudian Nabi berkata:
"Kubur boleh merupakan syurga ataupun neraka."
                Sifat takut kepada ALLAH pasti terdapat pada tiap-tiap orang Islam yang benar-benar beriman.Sifat takut ini dapat diwujudkan dan dipupuk sehingga ia tumbuh dengan suburnya kalau kita dalam kehidupan kita sehari-hari dapat mengingati mati.

Diantara malaikat-malaikat ada yang bertugas mencatat amal-amal perbuatan seluruh manusia.Mereka perhitungkan dalam catatannya itu secara teliti sekali,kebaikan-kebaikan atau kejahatan-kejahatan yang dilakukan oleh manusia tersebut.
            Dalam hal ini ALLAH TA'ALA berfirman yang bermaksud:
"Sesungguhnya kami(ALLAH) menciptakan manusia dan kami mengetahui apa yang dibisikan oleh hatinya dan kami dekat padanya dari urat lehernya sendiri,ingatlah ketika disambut oleh dua malaikat penyambut.Yang seorang duduk disebelah kanan dan yang seorang lagi duduk di sebelah kiri.Tidak sebuah kata pun yang diucapakan oleh manusia itu,melainkan di dekatnyya ada pengawas,yakni malaikat Raqib(pencatat kebaiakan) serta Atiq(pencatat kejahatan)."  (Qaf:16-18)
             ALLAH TA'ALA berfirman lagi yang maksudnya:
"Sesungguhnya untukmu semua ada beberapa penjaga,Malaikat yang mulia sebagai pencatat.Mereka mengetahui apa saja yang kamu lakukan."  (Al-Infithar:10-12)
              Al-Hasan r.a. dalam mengulas firman ALLAH TA'ALA yang brmaksud:"Yang seorang duduk di sebelah kanan dan yang seorang duduk di sebelah kiri."
              Ia berkata:"Hai manusia,ingatlah..!"Sudah jelas bahawa disisimu itu ada halaman sebagai catatan yang akan selalu dituliskan di situ.Untukmu ditugaskanlah dua malaikat yang mulia,seorang ada di sebelah kananmu dan seorang lagi di sebelah kirimu.
             Yang ada di kananmu itu tugasnya ialah mencatat amal-amal perbuatanmu yang yang baik,sedang yang ada di kirimu itu mencatat amal perbuatanmu yang buruk.Oleh sebab itulah beramallah pilih saja kehendak hatimu,juga sukamulah untuk beramal banyak atau sedikit.
               Tetapi insaflah benar-benar akibatnya.Jikalau engkau sudah meninggal dunia,maka halaman catatanmu akan ditutup dan akan disertakan denganmu dalam kubur,dikalungkan dilehermu.Nanti apabila saat hari kiamat telah tiba dan engkau dibangkitkan kembali dari kuburmu,maka di kala itulah ALLAH TA'ALA akan berfirman yang maksudnya:
                 "Kepada setiap manusia itu Kami ikatkan amal-amal perbuatannya di lehernya dan Kami keluarkan padanya pada hari kiamat,merupakan suatu catatan yang didapatinya terkembang di mukannya.Bacalah kitab catatanmu.Cukuplah pada hari ini engkau membut perhitungan atas dirimu sendiri."  (Al-Isra':13-14)
               Al-Hasan r.a. meneruskan huraiannya:"Benar-benar adillah,demi ALLAH,kerana ALLAH TA'ALA telah memberikan pencatat amal perbuatan untuk dirimu itu."
                ALLAH TA'ALA berfirman pula dalam ayat lain yang maksudnya:"Adakah mereka(manusia-manusia)itu telah membuat rencana pekerjaan,maka Kami(ALLAH)pun membuat rencana pula.Ataukah mereka mengira bahawa Kani tidak mendengarkan rahsia dan bisik-bisikan mereka?Sebenarnya beberapa utusan(malaikat)Kami berada dekat mereka sambil mencatat amal-amal perbuatan mereka."  (Az-Zukhruf:79-80)
                 Para malaikat yang ditugaskan khusus sebagai pencatat amal-amal perbuatan ini,memang menyediakan untuk masing-masing orang sebuah buku cacatan,agar mudah diperlihatkan pada hari kiamat di waktu perhitungan amal(hisab) diadakan.
                 Selanjutnya pada waktu penunjukkan amal itu,manusia-manusia itu sendiri akan menyaksikan apa-apa yang telah dilakukannya,baik yang berupa kebaikan atau kejahatan.
                  ALLAH TA'ALA berfirman yang maksudnya:"Dan tiuplah sangkakala,itulah hari yang dijanjikan.Setiap orang datang ke muka,masing-masing dengan penghalau dan saksi-saksinya(malaikat-malaikat).Kepadanya dikatakan:"  Engkau lengah tentang ini,tetapi sekarang Kami bukakan tabir yang menutupi engkau,sebab itu pemandangan pada hari ini amat tajam sekali."  (Qaf:20-22).
                   Sebagian malaikat lagi,ada yang bertugas untuk memberikan perkukuhan kepada kaum mukmin agar mantaplah apa-apa yang di tahan dalam hati sanubari mereka itu,sebagaimana firman ALLAH TA'ALA yang maksudnya:"Ketika Tuhanmu mewahyukan kepada para malaikat:"Sesungguhnya AKU(ALLAH) bersama kamu semua,maka perkukuhlah pendirian orang-orang yang beriman."(Al-Anfal:12)
                   ALLAH TA'ALA berfirman lagi yang maksudnya:
"  Tidaklah akan engkau dapati kaum yang beriman kepada ALLAH dan hari akhir itu berkasih sayang dengan orang yang melawan ALLAH dan Rasul-NYA,biar pun orang itu ayah,anak,saudara ataupun keluarga mereka sendiri.Mereka itulah orang-orang yang dituliskan oleh ALLAH keimanan dalam hati mereka dan ALLAH mengukuhkan mereka dengan Roh daripadanya."(Al-Mujadalah:22)

Pengikut

Pesanan


ShoutMix chat widget

Senarai Blog Saya

Dikuasakan oleh Blogger.